fbpx

Harta majikan pukul pengawal peribadi akan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARJUNAIDI (tengah) menunjukkan pistol dan wang tunai yang ditemui pada sidang akhbar di IPD Klang Selatan, Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses penyitaan harta seorang lelaki merupakan majikan yang terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi di Bukit Tinggi, Klang, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia 44 itu direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Kita siasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA) yang disiasat oleh Bukit Aman dan dalam proses penyitaan harta suspek itu.

“Setakat ini, tiada bukti suspek dan empat pekerja yang ditahan sebelum ini terlibat dalam kongsi gelap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan pada Isnin lalu dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa.

Polis yang menyiasat kejadian tersebut membongkarkan kegiatan jahat majikan mangsa bersama empat rakannya yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian haram dan aktiviti ah long.

Ia susulan operasi yang dilakukan pihak berkuasa itu di sekitar Klang dan Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, polis menemui sebanyak 100 ketul jongkong emas dengan berat keseluruhan 100 kilogram dan 12,500 keping not kertas AS$100. Nilai keseluruhan rampasan itu adalah RM28.25 juta. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI