fbpx

Perak bantu baik pulih 127 rumah terjejas ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani melihat rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut di Kampung Tasek, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi membaiki 127 buah rumah yang terjejas akibat ribut dalam kejadian di Kampung Tasek, Bercham di sini Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta telah diminta membuat kajian terperinci tentang tahap kerosakan rumah yang dialami mangsa akibat bencana tersebut.

Katanya, kontraktor yang dipilih juga telah diarahkan melakukan penilaian dan menjalankan kerja membaiki rumah yang terjejas mulai esok.

“Kebanyakan kediaman di sini adalah rumah yang disewakan pemilik dan ada juga rumah lama. Kita faham kesusahan yang dialami dan simpati dengan nasib mereka.

“Oleh itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Perak akan membiayai sepenuhnya kerja-kerja membaiki 127 buah rumah yang terjejas dengan melibatkan kos antara RM150,000 hingga RM200,000,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Bencana berupa wang dan kotak makanan di Kampung Tasek di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang Rabu lalu, hujan lebat dan angin kencang hampir dua jam telah mengakibatkan bumbung rumah penduduk terbang selain struktur rumah terjejas akibat ditimpa batang pokok.

Kejadian itu turut menyebabkan beberapa tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) tumbang merintangi jalan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI