fbpx

Siasatan menyeluruh terhadap kematian Konstabel Muhammad Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Siasatan menyeluruh dan terperinci akan diambil susulan kematian membabitkan Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan awal pagi tadi.

Itu reaksi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hamzah berkata, kementeriannya akan memastikan keadilan terhadap keluarga Allahyarham dapat ditegakkan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama roh golongan yang beriman,” katanya.

Dalam kejadian di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang itu, arwah yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terhantuk pada pembahagi jalan ketika mengejar suspek dari Jalan Scotland.

Bagaimanapun, suspek berusia 35 tahun yang merempuh arwah berjaya diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI