fbpx

Anjing German Shepherd ditahan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing German Shepherd yang ditahan Maqis di KLIA, Jumaat lalu.

SEPANG – Seekor anjing baka terhad yang diimport dari Jerman ditahan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dilakukan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 2.30 petang, Jumaat lalu.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendapati terdapat kesalahan nombor mikrocip pada anjing jenis baka German Shepherd itu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, ketika pemeriksaan rapi dilakukan pada dokumen dan ke atas fizikal haiwan tersebut mendapati nombor mikrocip pada badan anjing itu tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.

“Atas kesalahan tersebut, haiwan itu telah ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Zamri, kesalahan mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhdimatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI