fbpx

20 lelaki tidak pakai pelitup muka dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengenakan kompaun kepada 20 lelaki yang tidak memakai pelitup muka semasa pemeriksaan di BORR dekat Bagan Ajam, Seberang Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seramai 20 individu yang tidak memakai pelitup muka telah dikenakan kompaun selepas polis membuat pemeriksaan di kawasan rehat dan rawat (R&R), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, Butterworth di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua lelaki berusia 20-an tersebut sedang sedang melepak dan didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika pemeriksaan kira-kira pukul 1.50 pagi.

”Kegagalan mereka dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah menyebabkan dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang gagal mematuhi SOP dan tidak menggunakan pelitup muka dan ia menjadi perkara utama yang perlu dipantau bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bermula hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan dikompaun RM1,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI