fbpx

Kelajuan Honda masih kekal hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ tidak mengambil masa lama untuk melakukan tunggangan meyakinkan pada sesi latihan menjelang GP Portugal malam ini.

PORTUGAL – Meskipun baru kali pertama menunggang jentera Honda RC213V selepas sembilan bulan terlantar menjalani proses pemulihan kecederaan, namun ia sama sekali tidak menjejaskan tunggangan juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez menjelang Grand Prix (GP) Portugal malam ini.

Meskipun pasukan Repsol Honda tidak meletakkan sebarang sasaran, namun Marquez mempamerkan aksi cukup mengujakan apabila mencatatkan masa tiga terpantas pada sesi latihan pertama di Litar Antarbangsa Algarve, Portimao.

Pada sesi latihan kedua, Marquez mencatat enam terpantas keseluruhan dan hanya dipisahkan 0.473 saat dengan Francesco Bagnaia yang muncul selaku pelumba terpantas pada sesi tersebut.

“Kelajuan ada dan buat masa ini ia bergantung kepada tahap fizikal keseluruhan saya pada perlumbaan sebenar esok (malam ini).

“Pada sebelah petang saya merasakan sedikit letih di bahagian lengan dan saya harap segalanya positif pada perlumbaan nanti. Saya perlu segera menyesuaikan diri dengan cepat dalam perlumbaan ini.

Pelumba berusia 28 tahun tersebut mendapat ‘lampu hijau’ daripada pakar perubatan peribadinya untuk kembali berentap selepas hampir setahun tidak beraksi.

Ia disebabkan pelumba kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan patah tulang lengan sewaktu GP Sepanyol sekali gus terlepas baki 13 perlumbaan da­lam kalendar MotoGP 2020.

Akibat kecederaan itu, Marquez telah menjalani pembedahan ketiga pada Disember tahun lalu yang memerlukannya melakukan proses pemulihan sekurang-kurang­nya dalam tempoh minimum enam bulan.

Meskipun kecederaan Marquez dijangka sembuh sepenuhnya pada Jun 2021, namun keadaannya beransur pulih lebih cepat dan kehadirannya semula sudah tentu mengembirakan kem Honda yang bergelut untuk mencari kemenangan semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI