fbpx

Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZNUL HAKIM dibenarkan keluar hospital semalam.

GEORGE TOWN – Remaja orang kelainan upaya (OKU), Iznul Hakim Mohd. Nor yang parah dibelasah seorang pemandu kereta dengan topi keledar masih dibaya­ngi dengan kejadian itu yang berlaku pada 1 April lalu.

Iznul Hakim, 21, berkata, dia kerap termenung dan sesekali masih tertanya-tanya punca dipukul oleh lelaki tersebut sehingga mengalami kecederaan di muka dan pendarahan di kedua-dua matanya.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, ekoran kejadian tersebut, dia terpaksa dirawat selama lebih dua minggu di Hospital Pulau Pinang HPP di sini.

“Saya ingat dah (sudah) mati sebab selepas dipukul saya sudah tidak sedarkan diri. Sebaik tersedar, saya berada atas katil hospital.

“Kenapa dia (pemandu Suzuki Swift) memukul saya?. Tiba-tiba kena pukul, sedangkan saya tak kenal dia,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, kakak Iznul Hakim, Izzati Haswani, 26, berkata, adiknya yang mesra dipanggil Hakim dibenarkan keluar wad HPP petang semalam setelah lebih dua minggu menerima ra­watan.

“Doktor memaklumkan dia (Iznul Hakim) tidak perlu lagi menjalani pembedahan disebabkan bebola mata­nya dalam kea­daan baik.

“Cuma sekarang dia banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini seorang yang aktif dan banyak cakap,” katanya.

Pada 1 April lalu, pemandu Suzuki Swift berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru di sini pada pukul 2.50 petang.

Sebelum kemalangan itu, pada pukul 2.30 petang, suspek dikatakan menyerang dan memukul seorang remaja OKU di sebuah kedai menjual pakaian terpakai di Sungai Tiram.

Selepas kejadian itu, suspek yang dipercayai mengalami tekanan jiwa atau kemurungan kemudian melarikan diri dengan memandu kereta sebelum maut selepas merempuh dua kende­raan lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI