fbpx

Remaja lelaki cekap melapah lembu korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adib Aiman (kiri) sedang melapah seekor lembu korban di Kampung Pasir Nering dekat sini hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Walaupun baru berusia 17 tahun, seorang remaja lelaki dikagumi kerana kecekapannya melapah haiwan ternakan lembu.

Adib Aiman Norman Nordin yang berasal dari Kampung Padang Tara di sini tidak kekok menyingsing lengan bersama penduduk kampung lain yang lebih berusia daripadanya untuk melapah lembu-lembu korban.

“Saya mempelajari ilmu melapah lembu daripada ayah, Nordin Mat Zin, 42, yang merupakan seorang penternak. Masa lapang saya sejak kecil memang banyak dihabiskan di kandang ternakan.

“Oleh kerana sering terdedah dengan kerja-kerja melapah daging, minat itu timbul dan mendapat ilmu mengetahui sendi-sendi lembu yang memudahkan kerja-kerja walaupun hanya menggunakan pisau kecil,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pasir Nering di sini hari ini.

Adib Aiman Norman berkata, dia bercita-cita untuk mengikut jejak ayahnya untuk menjadi penternak haiwan yang berjaya kerana kerjaya itu dirasakan mempunyai masa depan cerah.

Dalam pada itu, dia yang amat rapat dengan lembu-lembu peliharaan bapanya mengakui kadang-kala merasa sedih apabila sebahagiannya perlu disembelih termasuk untuk ibadah korban.

“Begitu pun, saya reda ‘melepaskan’ lembu-lembu itu kerana ibadah korban merupakan sebahagian tuntutan agama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI