fbpx

Lelaki mahu hantar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan atas kesalahan dadah di Jalan Kulim di Kulim pada kelmarin.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

KULIM – Seorang lelaki yang dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada seorang rakannya ditahan polis di Simpang Empat Keladi, Jalan Kulim di sini kelmarin.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan anggota polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek yang menunggang motosikal diarahkan berhenti kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek cuba melarikan diri, bagaimanapun dia berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui dua peket lut sinar di dalam poket seluarnya dipercayai dadah jenis syabu seberat 1.46 gram,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek mengaku dia dalam perjalanan dari Kulim ke Lunas di sini untuk menghantar dadah kepada seorang penagih dengan upah RM10 setiap peket.

“Suspek juga mengaku telah melakukan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu dan mendapatkan bekalan dadah dari seorang wanita,” ujarnya.

Tambahnya, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI