fbpx

MPK guna kad giliran masuk bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPK memperkenalkan sistem kad giliran bagi memudahkan penguat kuasa mengawal jumlah pengunjung yang masuk ke Bazar Ramadan Kangar pada satu masa.

KANGAR – Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dengan memperkenalkan sistem kad giliran bagi memudahkan penguat kuasa memantau jumlah pengunjung yang masuk pada satu masa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil Perlis, Azizan Sulaiman berkata, buat masa ini, sistem tersebut diguna pakai di Bazar Ramadan Kangar di Persiaran Wawasan yang mempunyai jumlah pengunjung yang agak tinggi.

Katanya, melalui sistem tersebut yang bermula pada 3 Ramadan lalu, hanya 200 pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan bazar pada satu masa.

“Ini merupakan satu daripada usaha untuk memperketatkan lagi SOP di samping mengamalkan pemakaian pelitup separuh muka, imbas MySejahtera dan menjaga jarak.

“Sistem pas ini dapat memudahkan penguat kuasa mengawal jumlah pengunjung yang masuk berbanding sebelumnya,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI