fbpx

Marah kerana silap pesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan tersebut.

PETALING JAYA – Satu video memaparkan sepasang suami isteri memarahi pekerja restoran makanan segera kerana membuat kesilapan ketika menyiapkan pesanan mereka tular, baru-baru ini.

Video berdurasi selama 55 saat itu mendapat perkongsian hampir 700 kali dan menerima ratusan komen daripada pengguna laman Facebook yang majoritinya menyuarakan rasa kurang senang dengan pasangan tersebut.

Rata-rata netizen mahukan penjelasan tentang apa yang berlaku selepas melihat video tersebut.

Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita itu memarahi pekerja restoran dengan kata-kata yang kesat mendapat perhatian seorang penghantar makanan, Affiq Azizi yang ketika itu mengambil pesanan pelanggan.

“Cakap elok-elok abang. Saya tahu dia (pekerja restoran) silap, tetapi abang tidak perlu marah dengan kata-kata kesat. Hormatlah orang lain. Mungkin sebab puasa, dia agak letih,” katanya kepada pelanggan lelaki itu.

Pelanggan itu yang sedar dengan tindakannya sempat meminta maaf sebelum seorang wanita dipercayai isterinya masuk restoran tersebut secara tiba-tiba dan memarahi penghantar makanan itu kerana mempertahankan pekerja restoran tersebut.

Sepanjang video itu dirakam, wanita tersebut memarahi pekerja restoran dan meminta mereka pihak restoran melihat televisyen litar tertutup supaya pihak atasan dapat melihat hal sebenar yang terjadi.

Wanita itu berkata, jika sudah membuat salah, seeloknya minta maaf.

Dia sedar ketika ini ramai yang berpuasa, tetapi jangan disebabkan itu, pekerja boleh melakukan kesilapan

Kerana rasa amarah terhadap penghantar makanan yang merakam videonya, wanita tersebut memanggilnya dengan perkataan bodoh dan menyifatkan orang yang berpuasa ini orang yang bodoh dan terus keluar setelah tangannya ditarik oleh suaminya sendiri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI