fbpx

Polis kompaun 14 individu tidak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai makan diperiksa polis semasa membuat pemantauan pematuhan SOP di Butterworth, Seberang Perai malam tadi.

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Polis mengeluarkan sebanyak 14 kompaun kepada orang awam di sekitar Kepala Batas dan Butterworth di sini selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kompaun itu diberikan kepada 13 lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemilik premis perniagaan.

“Antara lokasi diperiksa adalah di sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta di Mak Mandin dan Telok Air Tawar di Butterworth.

“Kesemua mereka didapati tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan di premis masing-masing seperti tidak mengambil suhu badan pelanggan dan mencatat butiran pelanggan yang masuk ke premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI