fbpx

Bunga mawar kota Taif mekar pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja ladang Bin Salman duduk di tengah-tengah bunga mawar yang baru dipetik di bandar Taif pada 11 April lalu. – AFP

RIYADH – Setiap kali tibanya musim bunga, kuntum mawar mekar di bandar Taif, barat Arab Saudi sekali gus menukar lanskap padang pasir menjadi hamparan berwarna merah jambu.

Apabila April tiba, tumbuhan itu akan dituai. Pati minyaknya pula digunakan untuk member­sihkan dinding luar Kabaah di kota suci Mekah.

Pada tahun ini, musim menuai bunga mawar jatuh pada bulan suci Ramadan yang menyaksikan orang Islam melipatgandakan ibadah mereka.

Pekerja di ladang Bin Salman, Taif, menjaga belukar pokok mawar dan memetik beribu-ribu kuntum bunga tersebut setiap hari.

Ladang itu menghasilkan air dan pati bunga mawar, juga me­rupakan bahan berharga dalam industri kosmetik serta kulinari.

Minyak wangi mawar menjadi popular dalam kalangan berjuta-juta orang Islam yang melawat Arab Saudi saban tahun sama ada untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Corak tumbuhan dan bunga termasuk mawar sudah lama menjadi sebahagian daripada seni Islam.

Dikenali sebagai kota mawar, Taif mempunyai lebih 800 ladang bunga mawar yang membuka pintunya kepada pelawat. Pada setiap tahun, dianggarkan 300 juta bunga mawar mekar di kota itu.

“Kami mula merebus bunga mawar pada suhu tinggi sehingga ia hampir sejat, manakala proses ini mengambil masa antara 30 hingga 35 minit.

“Selepas itu, kami merendahkan suhu sekitar 15 hingga 30 minit sehingga proses peyuli­ngan bermula. Proses tersebut mengambil masa selama lapan jam,” kata pemilik ladang mawar Bin Salman, Khalaif al-Tuweiri kepada agensi berita AFP.

Sebaik sahaja minyak mawar terapung di atas balang-balang kaca, maka proses mengekst­ra­disinya bermula, tambah Kha­laif.

Pati minyak yang dihasilkan diambil menggunakan picagari untuk mengisi bebuli yang berbeza saiznya.

Bebuli paling kecil dijual pada harga 400 riyal (RM440). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI