fbpx

SPRM siasat dakwaan ADUN ditawar wang, jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan ke atas beberapa laporan berhubung  wujudnya unsur rasuah berikutan pergolakan politik yang berlaku di negeri ini pada Rabu lalu.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipercayai terbabit untuk membantu siasatan.

“Hasil soal siasat, mereka (ADUN) enggan membuat laporan kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi berlaku.

“SPRM Sabah bagaimanapun akan meneruskan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karunanithy berkata, laporan media mendakwa beberapa ADUN Sabah ditawarkan wang dan jawatan sebagai habuan mereka melompat parti. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI