fbpx

Padah minum ketum di bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Keterujaan enam lelaki menikmati air ketum di siang hari pada bulan Ramadan tidak berpanjangan apabila dicekup polis di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves di sini semalam.

Kesemua lelaki berkenaan berusia 24 hingga 35 tahun diberkas dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bertindak atas maklumat, serbuan telah dijalankan di rumah berkenaan sekitar pukul 6.30 petang.

“Pihak polis berjaya merampas dua bungkus plastik lut sinar berikat gelang getah berisi cecair disyaki air ketum yang dianggarkan berat isipadu lebih kurang 1,000 mililiter.

“Kita percaya kesemua individu itu terlibat dengan aktiviti meminum air ketum di siang hari ketika seluruh umat Islam sedang berpuasa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan polis juga mendapati salah seorang suspek tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan telah dibenarkan tahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga Selasa depan,” ujarnya.

Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI