fbpx

Majikan perlu faham tuntutan berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAWAWI (tiga kiri) bergambar bersama wakil penerima sumbangan 2,000 kotak buah kurma yang diedarkan buat kakitangan yang bertugas di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Majikan di negeri ini disarankan memahami tuntutan agama yang mewajibkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya percaya semua warga kerja di negeri itu melaksanakan tugas masing-masing seperti biasa di bulan Ramadan, sama seperti hari-hari lain.

“Semua majikan disarankan mengambil maklum tentang keadaan puasa pada bulan Ramadan ini,

“Saya percaya semua warga kerja melaksanakan kerja seperti biasa dan kalau ada satu dua kes pun, ia adalah kes terpinggir dan mungkin disebabkan individu itu sakit, ada keuzuran demam dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan buah kurma di Bangunan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian dua pengawal peribadi dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa pada Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi berharap agar semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan berhubung perkara itu.

Terdahulu, pada program tersebut, Mohd. Zawawi menyerahkan 2,000 pek buah kurma kepada kakitangan yang bertugas di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor dan agensi-agensi lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI