fbpx

Remaja perempuan, kekasih 46 tahun jadi tokan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas pihak polis.

MELAKA – Seorang remaja perempuan berusia 16 dan teman lelakinya duda anak dua berusia 46 tahun diberkas selepas dipercayai menjadi tokan dadah dalam serbuan di kawasan belukar di Sungai Udang, pagi tadi.

Kedua-dua pasangan kekasih itu dicekup kira-kira pukul 6 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan di kawasan tersebut.

“Hasil maklumat orang awam, seorang remaja perempuan dan pasangan kekasihnya berusia 46 tahun telah diberkas di dalam kawasan belukar tersebut.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu bekas bertutup kelabu mengandungi lapan paket plastik lutsinar disyaki heroin seberat 127.32 gram dan 17 paket plastik lutsinar disyaki syabu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, pihaknya percaya pasangan itu aktif melakukan pengedaran dadah di kawasan itu sejak bulan lalu.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.

“Suspek lelaki berkenaan juga mempunyai rekod 11 rekod lampau atas kesalahan dadah,” katanya.

Katanya, pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif saringan ujian air kencing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI