fbpx

Dovizioso ada alasan sebagai pelumba uji Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO memasang impian untuk kembali menyertai perlumbaan MotoGP bersama Aprilia pada saingan musim depan. - MOTOGP

LONDON – Tindakan Andrea Dovizioso menjadi pelumba uji pasukan Aprilia dengan me­nunggang jentera RS-GP dianggap satu langkah bijak selepas hilang tempat bersama Ducati dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Dovizioso yang menunggang jentera MotoGP buat kali pertama sejak November lalu, kini kembali bersama Aprilia yang pernah disertainya ketika membuat debut dalam saingan 125cc pada 2001.

Pelumba Itali berusia 35 tahun itu mengakui, kehadirannya bukan sekadar menjadi pelumba uji kepada Aprilia, sebaliknya bertekad untuk kembali beraksi dalam saingan MotoGP 2022.

“Saya masih berminat untuk meneruskan saingan MotoGP dan harap dapat kembali sertai perlumbaan tahun depan.

“Keputusan menjadi pelumba uji Aprilia penting untuk mencapai misi tahun depan. Saya sangat gembira kerana pasukan ini memberi sokongan penuh kepada saya.

“Saya sentiasa berpanda­ngan positif dan cuba menjadi lebih profesional. Ini bukan satu tugas mudah tetapi saya harap ada berita baik buat saya tahun depan,” kata Dovizioso.

Dovizioso akan sekali lagi menguji jentera RS-GP Aprilia di Litar Mugello pada 11 dan 12 Mei ini sebagai persediaan sebelum menghadapi GP Itali, 30 Mei depan.

Sebagai rekod, Apri­lia mempertaruhkan kepercayaan kepada dua pelumbanya musim ini iaitu Lo­renzo Savadori dan Aleix Espargaro yang masih belum menunjukkan potensi sebenar dalam dua perlumbaan ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI