fbpx

Quartararo mahu tawan GP Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO (tengah) memburu kemenangan kedua berturut-turut selepas menjuarai GP Doha awal bulan ini menjelang GP Portugal di Portimao pada Ahad ini. – AFP

PORTIMAO – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo bersedia untuk terus melakukan kejutan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal pada Ahad ini berbekalkan motivasi tinggi selepas menjuarai GP Doha baru-baru ini.

Pasukan pengeluar Yamaha itu memulakan musim 2021 dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan berturut-turut di Litar Antarabangsa Losail menerusi kejayaan Mave­rick Vinales pada GP Qatar sebelum Quartararo mengulangi pencapaian sama di GP Doha.

Kecemerlangan itu menyebabkan banyak pasukan mula berasa bimbang dengan peningkatan tersebut berbanding saingan tahun lalu yang menyaksikan pa­sukan tersebut sering berdepan masalah di bahagian enjin.

“Memenangi perlumbaan ke­dua di Doha sangat menakjubkan. Sekarang saya telah mengumpul satu kemenangan bersama pasukan pengeluar.

“Saya rasa beban di bahu saya telah hilang. Selepas kemena­ngan itu, saya lebih yakin untuk melakukan yang lebih baik dalam perlumbaan akan datang.

“Bukan itu sahaja, saya rasa lebih teruja dan bersemangat tinggi untuk meneruskan kecemerlangan menjelang perlumbaan hujung minggu ini,” kata Quartararo.

Sebagai rekod, bekas pelumba Petronas Yamaha Sepang Ra­cing Team (SRT) itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 pada saingan GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve tahun lalu.

“Tahun lalu saya berdepan kesukaran untuk berlumba di litar Portimao. Trek yang sangat berlainan, namun ia masih menarik untuk saya cuba perbaiki tunganggan saya di sini,” tambah Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI