fbpx

Pertama Digital tingkat FPX kepada RM500 ribu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) telah meningkatkan had pembayaran digital untuk jaminan mahkamah daripada RM30,000 kepada RM500,000  menerusi aplikasi eJamin.

Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Ab Rahman, berkata aplikasi itu telah mengurangkan tempoh proses jaminan daripada setengah hari kepada hanya beberapa minit, sekali gus membolehkan pembayaran jaminan dibuat melalui peranti pintar.

“Sebelum ini setiap transaksi terhad sebanyak RM30,000 mengikut Had Standard Proses Pertukaran Kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet).

“Kami sangat berterima kasih atas peranan aktif Badan Kehakiman Malaysia dalam inisiatif ini yang turut dibantu PayNet dan bank yang mengambil bahagian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Ab Rahman.

Platform tersebut merupakan penyelesaian pembayaran jaminan mahkamah yang diperkenalkan pada Pembukaan Tahun Perundangan oleh Ketua Hakim Negara Malaysia, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat  pada 10 Januari 2020.

Aplikasi eJamin dikendalikan anak syarikat Pertama Digital iaitu Dapat Vista (M) Sdn. Bhd. (Dapat Vista).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista, Amanda Sabri berkata, pihaknya menjangka peningkatan had FPX untuk setiap transaksi dapat membantu  lebih ramai individu memanfaatkan proses jaminan digital yang lebih mudah dan selamat.

“Sebelum ini, orang ramai perlu bergegas dari mahkamah ke bank untuk menyelesaikan proses jaminan secara manual dengan kelewatan pembayaran boleh menyebabkan orang yang dituduh dimasukkan ke dalam lokap.

“Selain menjadkan proses jaminan lebih pantas ia juga memenuhi pematuhan penjarakan fizikal semasa penularan koronavirus,” katanya.

Sehingga kini lebih 140 lokasi mahkamah di seluruh Malaysia menggunakan eJamin dengan jumlahnya dijangka terus meningkat seiring dorongan daripada pihak pengadilan untuk beralih ke arah digital.

Awal tahun ini, Pertama Digital melaporkan kutipan jaminan berjumlah RM45.46 juta  dari Januari hingga Disember 2020 dengan kadar pertumbuhan bulanan 18.21 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI