fbpx

Agong zahir tahniah kejayaan dua pelajar ke Kolej Harvard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA-Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar Malaysia susulan kejayaan mereka menempatkan diri di Kolej Harvard, Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa bangga atas pencapaian ditonjolkan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze masing-masing berasal dari Pahang dan Kuala Lumpur.

“Kedua-dua mereka bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025 di mana masing-masing merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan ekonomi dan matematik.

“Pelajar terbabit juga merupakan antara 1,968 individu terpilih ekoran melepasi tahap kelayakan ketat yang ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan seluruh dunia,” katanya di sini tadi.

Kata kenyataan itu lagi, kejayaam kedua-dua pelajar itu membuktikan Malaysia mampu melahirkan individu berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan masing-masing.

“Al-Sultan Abdullah mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan mereka dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” titahnya.

Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendikiawan Bank Negara Kijang.

Jarrell pula menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI