fbpx

13 SJR di Kelantan sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menjalankan sebanyak 13 sekatan jalan raya (SJR) di tujuh daerah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok hingga 29 April.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua SJR masing-masing dijalankan di Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Machang manakala tiga di Kota Bharu dan satu di Tanah Merah serta Pasir Puteh.

Katanya, sehubungan dengan itu, orang ramai juga tidak dibenarkan merentas daerah dan hanya boleh berada di daerah masing-masing sepanjang PKP.

“Di peringkat awal, kita akan menempatkan seramai 500 pegawai dan anggota di semua SJR dengan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM).

“Setakat ini, kita mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) PKP sebelum ini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Shafien berkata, setakat ini, orang ramai masih dibenarkan makan di restoran dan kedai makan dengan SOP yang ketat sepanjang PKP di Kelantan.

Katanya, selain SJR, polis juga akan menjalankan pemantauan di premis-premis perniagaan yang menjual juadah berbuka untuk memastikan pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan operasi di premis perniagaan. Pemantauan perlu dijalankan kerana peningkatan kes Covid-19 agak ketara di Kelantan dalam tempoh seminggu ini.

“Individu yang ingkar SOP bakal dikompaun sebanyak RM1,500, RM5,000 dan RM10,000. Setakat ini, tiada lagi individu yang dikompaun RM5,000 dan RM10,000 di Kelantan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI