fbpx

Bawa penerima vaksin boleh rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Individu yang perlu membawa tanggungan bagi temujanji pemberian vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19
Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui dan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Menurutnya, individu berkenaan boleh mengemukakan bukti temujanji vaksin tanggungan masing-masing kepada pihak berkuasa.

“Ada anak duduk di Kuala Lumpur, nak rentas negeri balik ke Negeri Sembilan, nak bawa ibu bapa uzur, warga emas ke temujanji vaksin.

“Boleh tunjuk temujanji kepada pihak berkuasa dan kita bagi kelonggaran kepada ahli keluarga yang ingin balik ke kampung mereka untuk bawa tanggungan mereka ke temujanji vaksin,” katanya kepada pemberita sempena Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI