fbpx

KKM cadang rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program Imunisasi masih diteruskan

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’ di pejabatnya hari ini.

Katanya, bazar Ramadan juga akan ditutup iika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar. -K! ONLINE

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI