fbpx

PLUS menang kes culas bayar tol lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS

PETALING JAYA – Tindakan sebuah syarikat logistik yang lepas tangan apabila pekerja mereka culas membayar tol sewaktu memandu di lebuh raya akhirnya mengundang padah apabila diarahkan mahkamah untuk menyelesaikan bayaran melebihi RM500,000.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sebelum ini telah membuat tuntutan terhadap sebuah syarikat logistik melibatkan 19 buah kenderaan milik syarikat berkenaan yang dengan sengaja mengelak daripada membayar tol di lebuh raya PLUS sejak beberapa tahun lalu.

“Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa syarikat tersebut telah dipertanggungjawabkan dengan liabiliti vikarius (vicarious liability) bilamana pemandu atau pekerja syarikat terbabit gagal untuk menjelaskan jumlah tol yang telah ditetapkan.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah berikutan rayuan syarikat berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Julai 2017 yang membenarkan tuntutan PLUS sebanyak RM518,369.27 dengan kos sebanyak RM100,000 susulan kegagalan pemandu syarikat tersebut membayar tol di lebuh raya PLUS,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pihak PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol dan memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini serta memantau tindakan pemandu atau pekerja mereka.

“Pihak PLUS turut mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Pada masa sama, PLUS juga berkolaborasi dengan pihak berkuasa yang berkenaan bagi membendung kejadian penipuan pembayaran tol di lebuh raya,” ujar kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI