fbpx

Potong gaji kerana terlalu lama di tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja itu menghabiskan sekitar 2 jam sehari di dalam tandas ketika waktu bekerja. -Pixabay

TAIPEI, Taiwan – Seorang lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial apabila mengeluh gajinya dipotong kerana menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas pada waktu bekerja, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Pekerja hanya dikenali sebagai Encik A itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook. Majikan Encik A pada bulan lalu memotong gajinya selepas dia menghabiskan masa selama 49.5 jam atau 2 jam sehari di tandas.

Namun, dia berang kerana majikannya tidak memaklumkan bahawa menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas boleh menyebabkan gajinya dipotong.

Lelaki itu memuat naik keluhannya di kumpulan Facebook Blame 2 Commune. Dia juga meminta nasihat ahli-ahli lain tentang kesnya.

Menurutnya, dia berkerja 22 hari atau bersamaan 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 yuan sejam (RM101).

Namun, selepas menerima gajinya, Encik A menyedari sebanyak 4,400 yuan (RM2,779) telah dipotong.

Dia diberitahu bahawa rakaman televisyen tertutup (CCTV) mendapati dia menghabiskan masa 50 jam di tandas manakala majikannya hanya membenarkan penggunaan tandas selama satu jam sehari.

“Ya, saya berada di dalam tandas untuk masa yang lama, namun itu tidak bermakna gaji saya boleh dipotong begitu sahaja?” kata Encik A sambil menambah, dan syarikat turut mengugut memecatnya jika dia enggan membiarkan sahaja kes pemotongan gajinya itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI