PETALING JAYA – Sempena bulan Ramadan dan juga sambutan pesta menuai Gawai Kaamatan di Sabah dan Sarawak, Nestle menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM1.5 juta kepada pengguna khususnya buat pengemar produk Nescafe.
Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Othman Chraibi berkata, melalui Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama yang sedang berlangsung dari 1 April lalu hingga 31 Mei ini, syarikat menawarkan hadiah utama berupa 10 unit Proton X50.
Hadiah lain adalah motosikal Honda Wave, hadiah sagu hati berupa baucar tunai RM500 dan hadiah cabutan khas dwi-mingguan berupa peralatan rumah Samsung bernilai RM2,000 setiap satu.
Menurut beliau, untuk menyertai peraduan tersebut, pelanggan perlu membeli produk terpilih Nescafe bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantar penyertaan mereka menerusi WhatsApp.
“Dengan hadiah menarik untuk dimenangi setiap minggu, lebih daripada 700 rakyat berpeluang untuk muncul sebagai pemenang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurut Othman, Peraduan Jom Beli & Raikan Bersama-sama, telah diilhamkan melalui tema berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan dengan insan tersayang sempena musim perayaan kali ini.