fbpx

Sentuhan emas Rossi terus ditagih – Razlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN SRT akan berusaha sedaya upaya menyediakan jentera terbaik buat Rossi dan Morbidelli menjelang GP Portugal hujung minggu ini.

PASUKAN Yamaha Sepang Racing Team (SRT) memulakan saingan di Qatar dengan prestasi kurang memuaskan selepas gagal meraih sebarang kemenangan atau podium mampu dicapai di Litar Antarabangsa Losail.

Berbeza dengan tahun lalu apabila pasukan tersebut me­lakukan kejutan selepas meraih podium kemenangan berturut-turut menerusi bekas pelumbanya, Fabio Quartararo yang kini menyertai pasukan Monster ­Energy Yamaha bersama ­Maverick Vinales.

Namun, tahun ini segalanya berubah selepas kehadiran ­Valentino Rossi bersama SRT dilihat masih belum menemui sentuhan emas bahkan serba tidak menjadi terutama dari segi pengubahsuaian jentera YZR-M1.

Lebih malang lagi, Franco Morbidelli turut berdepan masalah pada jentera sekali gus bergelut mendapatkan rentak terbaik di Qatar.

Mengakui kecewa dengan situasi tersebut, ketua pasukan SRT, Datuk Razlan Razali yakin skuad kendaliannya itu mampu bangkit pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal pada hujung ­minggu ini.

“Memang perlumbaan sukar pada pusingan pertama dan ­kedua. Saya akui kita memang menghadapi masalah jentera terutama Morbidelli. Disebabkan masalah itu juga, dia bangkit memulakan saingan di petak ke-10 dan akhiri perlumbaan di kedudukan ke-12 selepas tidak bermula baik.

“Bagi Rossi pula, kita menggunakan pelarasan sesuai dengan dia sejak dahulu lagi. Kita telah melakukan banyak perubahan terutama pusingan kedua. Kita sedaya upaya untuk membina jentera yang serupa seperti ­Quartararo dan juga Vinales.

“Memang saya akui sangat kecewa selepas dua perlumbaan ini, tetapi ini adalah realiti perlumbaan permotoran dan ­a­da kalanya kita buat terbaik mungkin ada masa, kita turun.

“Kita memulakan saingan di MotoGP pada musim 2019 dan membuat kejutan berturut-turut. Bila masalah serupa ini timbul pasti kita kecewa. Saya yakin kita akan bangkit menjelang perlumbaan di GP Portugal nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Razlan mele­takkan kepercayaan kepada ­Rossi dan yakin bintang MotoGP itu akan menemui rentak tunganggannya semula, sekali gus mampu mencipta kemenangan.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu Rossi. Walaupun ramai meragui kemampuannya berdasarkan usianya, namun kita yakin dia mampu bersaing dengan baik,” tegas Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI