fbpx

Romantik sungguh Mimi Lana, Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dikongsi Mimi Lana bersama Syafiq Kyle mengundang perhatian netizen.

Umum tahu pasangan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle dikhabarkan sudah lama putus cinta.

Namun, sejak akhir tahun lalu, kedua-duanya dilihat seperti kembali menjalin hubungan, semakin intim katanya.

Terbaharu, Mimi ada memuat naik sekeping foto bersama Syafiq.

Nampak mesra sungguh pasangan itu, ditambah pula dengan kapsyen romantis, jadi bersemut skrin telefon Mizz Lahar dibuatnya.

“Awak telah menyentuh saya tanpa perlu bersentuhan,” tulis Mimi.

Susulan daripada foto dan kapsyen tersebut, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan doa. Masing-masing seperti mahu segera melihat Mimi dan Syafiq mendirikan rumah tangga. Bukan main ya!

MIZZ LAHAR: Letih juga mental nak mengikuti kronologi perkahwinan Serina Redzuawan dengan suami baharunya, Aidid dan keluhan resah bapanya, Cef Wan yang bersulam balas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI