fbpx

The Gunners elak ‘dibedil’ kelab kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN pertahanan Arsenal, Hector Bellerin (kiri) dijangka kembali beraksi sebagai bek kanan menentang Slavia. – AFP

LONDON – Arsenal berdepan misi wajib menang ke atas wakil Republik Czech, Slavia Prague menjelang aksi suku akhir kedua Liga Europa di Stadium Sinobo awal pagi esok jika mahu melangkah ke pentas separuh akhir musim ini.

Hanya kemenangan mampu mengelak The Gunners daripada ditunjukkan jalan keluar oleh Slavia yang memegang ke­lebihan satu gol di tempat lawan selepas berjaya mencatat seri 1-1 sewaktu aksi pertama di Stadium Emirates minggu lalu.

Ia bukan tugas mudah ke­rana Slavia cukup kebal apabila beraksi di ‘rumah’ sendiri selain masih mengekalkan rekod 24 perlawanan berturut-turut tanpa kalah sejak tewas kepada Bayer Leverkusen pada 11 Di­sember tahun lalu.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya para pemainnya mampu mengatasi halangan Slavia berbekalkan kecemerla­ngan prestasi dipamerkan ketika menang 3-0 ke atas Sheffield United baru-baru ini.

“Saya menghormati setiap pandangan dan kritikan terhadap beberapa keputusan kami sebelum ini. Sekarang masanya untuk buktikan kemampuan sebenar kami di atas padang.

“Arsenal adalah pasukan yang sukar dikalahkan apabila semua pemain memberikan ­prestasi terbaik mereka. Saya berharap prestasi yang lebih bagus dipamerkan berbanding perlawanan pertama lalu,” katanya.

Selain itu, The Gunners kembali diperkuatkan dengan keha­diran Pierre-Emerick Aubameyang untuk aksi tersebut selepas tidak dapat diturunkan menentang Sheffield kerana masalah kesihatan.

Sebagai rekod, Liga Europa adalah satu-sa­tunya peluang realistik buat Arsenal untuk melayakkan diri secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim depan memandangkan mereka sekadar menduduki tangga kesembilan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI