fbpx

Bayern gagal pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEUER

PARIS – Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer tanpa berselindung mengakui, kecewa selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Pada aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam, Bayern menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, juara bertahan itu gagal melangkah ke separuh akhir meskipun seri 3-3 secara agregat memandangkan PSG memiliki kelebihan gol di tempat lawan.

“Kemenangan hari ini (awal pagi semalam) bagus untuk pasukan tetapi kami dikecewakan dengan keputusan minggu­ lalu. Kekalahan ini sangat mengecewakan kami.

“Memang kami sedar bukan mudah untuk bertemu pasukan hebat seperti PSG. Walaupun tersingkir, kami sudah buktikan kami adalah pasukan terbaik,” kata Neuer.

Tambah pemain berusia 35 tahun itu, jadual latihan pasukan turut menjadi punca mereka gagal menampilkan aksi terbaik dalam dua pertemuan suku akhir itu.

“Ya, memang benar ia (jadual latihan) menyebabkan kami tersingkir kerana kebanyakan pemain sudah penat. Walaupun penat, namun kami tetap berikan segala-galanya,” ujar­nya.

Antara faktor lain kekalahan Bayern itu disebabkan mereka terpaksa mengharungi suku akhir pertama tanpa kelibat penyerang prolifik, Robert Lewandowski yang terpaksa di­pinggirkan untuk tempoh lama kerana masalah kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI