fbpx

Pengunjung ke bazar Ramadan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander memberi kit cecair pembasmi kuman kepada peniaga ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kurang berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan Presint 3 di sini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mendapati kunjungan orang ramai agak tinggi memandangkan hari ini adalah hari kedua Ramadan.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang aduan mengenai pelanggaran SOP dan akan terus mengadakan pemantauan bagi mengelak kluster baharu dalam kalangan pengunjung dan peniaga.

“Saya sudah meninjau keadaan bazar Ramadan ini, namun kurang berpuas hati dengan pematuhan SOP pengunjung dan peniaga,” katanya kepada pemberita ketika hadir melancarkan Ops Pantau di bazar Ramadan Presint 3 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid dan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Ops Pantau itu diadakan di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti di bazar Ramadan, bazar Hari Raya, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar mini dan kedai runcit.

Sementara itu, Alexander berkata, sepanjang Ramadan tahun ini, pengguna tidak perlu bimbang tentang bekalan keperluan harian kerana ianya mencukupi.

“KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan  bekalan barangan harian mencukupi,” jelasnya.

Katanya lagi, KPDNHEP juga belum menerima sebarang aduan berkenaan kenaikan harga ayam sebagaimana yang dilaporkan media.

“Bagaimanapun kita sudah menerima laporan daripada penguatkuasa mengatakan kenaikan harga ayam itu tidak sama seperti yang didakwa orang ramai.

“Harga ayam itu ada kenaikan sedikit, namun masih dalam kawalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI