fbpx

Isteri mantan TYT Sarawak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toh Puan Norkiah

KUCHING – Isteri mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak hari ini.

Toh Puan Norkiah telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12 tengahari pada usia 72 tahun.

Difahamkan punca kematian adalah kerana komplikasi setelah beliau mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini pada pukul 5 petang.

Norkiah pernah berkhidmat sebagai penjawat awam di Pustaka Negeri Sarawak sebelum mengahwini Abang Muhammad Salahuddin pada tahun 1996.

Sepanjang hayatnya, beliau banyak menyumbang kepada institusi kebajikan negeri terutamanya melibatkan anak-anak yatim.

Susulan itu, sebuah rumah anak yatim di sini, Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, telah dinamakan sempena nama beliau pada tahun 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI