fbpx

Cuara buruk setiap petang hingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku ekoran banjir kilat yang melanda ibu negara lewat semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan warga kota supaya lebih berhati-hati dan berwaspada berikutan cuaca buruk yang dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL menerusi hantaran di Facebooknya berkata, bermula 11 hingga 17 April ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir bakal melanda pada sebelah petang.

“Wargakota dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Layari https://www.met.gov.my/index.php untuk mengetahui keadaan semasa cuaca. Kami prihatin keselamatan anda.

“Jika berlaku banjir kilat di kawasan anda, Sila hubungi Bilik Gerakan DBKL di Talian 03-40244424 untuk tindakan kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL bertindak pantas melaksanakan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang akibat daripada hujan lebat yang turun pada 12 dan 13 April di sekitar Kuala Lumpur.

“Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan gangguan lalu lintas kepada orang awam.

“Tindakan pantas ini sedikit sebanyak telah melegakan warga kota yang turut terkesan dengan fenomena cuaca sejak kebelakangan ini,” jelasnya.

Semalam, beberapa laluan di sekitar ibu kota dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat berterusan sejak jam 4.30 petang.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI