fbpx

Diskaun 50 peratus kompaun MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada orang ramai dalam membayar kompaun melibatkan sembilan kesalahan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia bersempena Kempen Pengurangan Kompaun sepanjang Ramadan bermula semalam hingga 12 Mei depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kesalahan yang diberikan kompaun 50 peratus itu merangkumi Undang-Undang Kecil berkaitan kedai Gunting Rambut, Taman, Vandalisme, Establisyemen Makanan, Pengendali Makanan, Iklan, Penjaja, Jalan dan Pasar.

“Selain itu, kompaun tempat letak kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) turut diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA.

“Bagi menggalakkan pembayaran kompaun itu, MBSA menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) yang beroperasi setiap Sabtu di pasar raya terpilih di bawah pentadbiran MBSA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pembayaran kompaun juga boleh dilakukan di kaunter utama, Wisma MBSA ; Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

“Orang ramai dinasihatkan mengambil peluang ini sebelum tindakan tegas diambil antaranya sekatan urusniaga di kaunter-kaunter majlis atau tindakan mahkamah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN