fbpx

Neelofa ‘kebas’ al-Quran Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cinta antara Haris dan Neelofa mula berputik pada Ramadan tahun lalu.

PETALING JAYA – Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi kisah bibit-bibit percintaannya dengan pendakwah bebas, Haris Ismail ketika Ramadan tahun lalu pada sesi Live di Instagram @markaztijaari, baru-baru ini.

Neelofa atau nama lengkap­nya, Noor Neelofa Mohd. Noor membuka cerita bahawa dia mengambil al-Quran milik Haris yang tertinggal di rumahnya selepas selesai solat sunat tarawih bersama keluarga.

“Inilah al-Quran yang Haris bawa semasa bertarawih bersama saya sekeluarga tahun lalu di bulan Ramadan ketika cinta (kami) mula berputik.

“Selepas itu, dia ter­tinggal al-Quran di rumah saya. Saya pun ‘kebas’ al-Quran ini untuk digunakan semasa kelas tilawah al-Quran,” dedah Neelofa menerusi perkongsian video dalam Instagram @lofa.haris.

Ujar bekas pemenang pertan­dingan Dewi Remaja 2009/2010 itu, Haris datang me­nemuinya untuk mengambil kitab suci tersebut, namun dia enggan memulangkannya.

“Saya kata tak boleh (ambil). Saya sudah tanda untuk setiap kelas. Al-Quran itu milik saya sekarang,” katanya.

Haris yang berada di sebelah Neelofa semasa pendedahan itu dibuat kelihatan tersipu-sipu malu ketika ditanya sama ada dia ikhlas atau tidak memberikan al-Quran tersebut kepada bakal isterinya pada ketika itu.

Pertanyaan Neelofa itu kemudian dijawab dengan bersahaja oleh Haris dengan memberitahu dia ikhlas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan itu suka melihat gelagat Neelofa dan Haris yang diibaratkan penuh dengan kasih sayang.

“Seronok tengok Lofa. Dia sangat penyayang. Semoga kekal hingga ke Jannah,” ujar seorang pengguna Instagram.

Neelofa dan Haris selamat diijabkabulkan pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis bertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI