fbpx

Pegawai Baitulmal MAINS makan suap didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hasbollah (tengah) mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang pegawai Baitulmal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas dua pertuduhan iaitu menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dan menyalahgunakan harta kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) empat tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd. Hasbollah Ahmad, 36, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Bagi pertuduhan utama, Mohd. Hasbollah yang bertugas sebagai Pegawai Baitulmal daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan didakwa telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu mengesahkan permohonan sebuah syarikat Al Baiquni Enterprise yang melaksanakan kerja cenderahati bagi Program Hari Raya untuk asnaf dan fakir miskin di sekitar Kuala Pilah.

Tertuduh didakwa mempunyai kepentingan dan telah mengambil keuntungan berhubung kerja pembekalan tersebut dan kesalahan dilakukan pada 5 Jun 2017 di Pejabat Baitulmal Kuala Pilah.

Manakala bagi pertuduhan pilihan, juga pada Jun 2017 tertuduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Pegawai Baitulmal didakwa menyalahgunakan harta iaitu sejumlah wang tunai RM4,178 kepunyaan MAINS di lokasi yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di mana tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI