fbpx

KBS arahkan SIC tangguh kejohanan drag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musc Drag Racing selaku dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar SOP.

PUTRAJAYA – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) diarahkan menangguhkan sebarang kejohanan drag buat sementara waktu sehinggalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

KBS berkata, keputusan itu susulan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC, wakil MUSC Motorsports dan pihak Motorsports Association of Malaysia (MAM) pada 9 April lalu.

“Pihak MUSC Motorsports juga tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag di SIC dan mana-mana litar buat sementara ini sehingga diberi kebenaran oleh pihak KBS dan pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

KBS berkata, lain-lain aktiviti sukan permotoran yang akan dilaksanakan di SIC adalah dibenarkan tertakluk kepada kebenaran pihak KBS dan pihak berwajib serta pematuhan ke atas prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya.

Katanya, KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan memandangkan pihak kementerian sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

“KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing -masing dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” tegasnya.

Sabtu lalu Kosmo! Online melaporkan Musc Drag Racing dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar SOP semasa penganjuran MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021.

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI