fbpx

Kucing terperangkap 18 hari atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sparkles tidak turun ke bawah walaupun selepas diletakkan makanan. -Pixabay

JONESBRO, Arkansas- Seekor kucing terperangkap di atas sebatang pokok selama 18 hari  berjaya diselamatkan selepas pokok itu ditebang, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Kucing milik Beverly McIntosh  bernama Sparkles itu terperangkap di atas sebatang pokok setinggi 18 meter manakala McIntosh bersama beberapa rakannya cuba  membawa kucing itu turun dengan menggunakan tangga tetapi gagal.

“Semua orang memanjat tangga untuk menyelamatkan kucing itu namun ia lari semakin tinggi,” kata McIntosh kepada saluran berita tempatan,  KAIT-TV.

McIntosh berkata,  dia cuba menghubungi beberapa organisasi namun dimaklumkan bahawa Sparkles akan turun dengan sendiri sekiranya makanannya dibiarkan di bawah pokok.

Begitu pun, Sparkles tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun. McIntosh kemudian  menghubungi pertubuhan bantuan ARC Angles 4 Animals.

Pengasas ARC Angels 4 Animals, Angie Heringer berkata,  pihaknya dimaklumkan Sparkles berada di atas pokok selama hampir tiga minggu.

Heringer cuba membawa seorang penebang dan lelaki itu menebang pokok tersebut menggunakan peralatannya.

Heringer memuat naik gambar dan video kejayaan itu di Facebook dan membawa Sparkles.

McIntosh berkata Sparkles kini sedang berehat di rumah dan akan menjadi kucing rumah buat masa ini.

“Saya sangat takut kerana saya fikir ia sudah mati,” kata wanita itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI