fbpx

Dikasari regu lakonan, Seohyun disokong netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEOHYUN

SELEPAS tiga tahun, kontroversi tiba-tiba tercetus membabitkan aktor Kim Jung-hyun yang didakwa bersikap kasar terhadap aktres dan penyanyi Seohyun sepanjang mereka menjalani penggambaran drama Time.

Memetik sumber, Jung-hyun didakwa sering mengabaikan Seohyun ketika di lokasi, termasuklah kerap bersikap biadab, contohnya menyapu tangannya dengan kasar selepas mereka melakukan adegan melibatkan sentuhan fizikal.

Susulan kes tersebut, ada yang mendedahkan Seohyun kerap menangis di set penggambaran kerana tertekan dengan sikap biadab Jung-hyun.

Rata-rata peminat memberi sokongan kepada aktres itu supaya tetap bersemangat meskipun dilayan tidak baik. Dia juga memuat naik beberapa keping gambar swafoto menerusi Instagramnya baru-baru ini dengan kapsyen berbunyi: “Kesayangan saya, peminat saya, saya selalu bersyukur dan sayangkan kalian.”

Ketika ini, nama Jung-hyun juga hangat dikhabarkan menjalin cinta dengan pelakon Seo Ji-hye selain dikatakan melanggar kontraknya bersama ON Entertainment demi sebumbung dengan Ji-hye di Culture Deposit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI