fbpx

Jadi manusia jujur, pengajaran untuk semua orang – Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEF Wan

PETALING JAYA – “Jangan main api, berani buat, berani tanggung”.

Demikian respon Cef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuwan selepas menantunya, Meor Mohammad Aidid akhirnya mengaku dia berstatus suami orang ketika menikahi anaknya, Serina Redzuwan pada Februari lalu.

“Akhirnya si suami sudah membuka mulut dan mengaku hal sebenar. Inilah sebab saya nasihatkan jangan main api kerana kebenaran akan terbongkar.

“Jangan tipu saya dengan mengatakan kau sudah bercerai dan ini bukan isteri pertama. Jika kau sudah tidak bahagia dan tiba masa untuk move on, saya faham,” katanya dalam entri tersebut.

Menurutnya lagi, dia juga enggan menjadi individu yang bersangka buruk seperti orang di luar sana.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi sendiri dan bersangka buruk seperti netizen di luar sana.

“Ini sebabnya mengapa Allah SWT suruh jadi ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak mereka.

“Pengajaran ini untuk semua! Janganlah sikit-sikit hendak cakap aibkan keluarga sedangkan sayalah mangsa yang dimaki orang,” katanya lagi.

Akuinya, dia merupakan seorang yang bercakap dalam nada kasar.

“Ya, saya memang cakap kasar tetapi untuk mereka yang selayaknya.

“Berani buat, berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon maaf.

“Cubalah sejak awal dua orang ini tidak berahsia, tidaklah jadi kusut seperti sekarang. Ini semua pengajaran untuk mereka yang tidak jujur,” ujarnya.

Untuk rekod, Chef Wan pernah mendedahkan dakwaan Serina dan Aidid yang juga seorang anggota polis telah bernikah di Thailand.

Namun, Serina menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya pernikahan tersebut berlangsung di Perlis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI