fbpx

MyCAC setuju laksana pelan kurangkan pelepasan GHG 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) mempengerusikan mesyuarat pertama MyCAC hari ini.

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Perubahan Iklim (MyCAC) bersetuju melaksanakan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang dijangka mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 165 juta tan karbon dioksida (CO2).

Perkara itu antara yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama MyCAC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelan itu dijangka menjimatkan perbelanjaan bahan api sebanyak RM150 billion dalam tempoh 10 tahun selain memacu anjakan ke arah peningkatan penggunaan kenderaan elektrik dan pengangkutan rendah karbon.

Beliau berkata, myCAC juga bersetuju melaksanakan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara sebagai asas panduan dan hala tuju Bandar Rendah Karbon di peringkat pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Katanya, turut dipersetujui ialah pembangunan garis panduan pasaran karbon dan dasar carbon pricing bagi menyokong hasrat mana-mana pihak yang akan terlibat dalam pasaran karbon.

“Selain itu, myCAC bersetuju mengadakan mesyuarat dua kali setahun bagi membincangkan isu perubahan iklim dan agenda pembangunan hijau.

“Pihak kementerian memainkan peranan penting untuk memacu agenda perubahan iklim negara dan teknologi hijau termasuk mengukuhkan kerangka dasar, undang-undang, institusi dan kewangan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menghadiri mesyuarat MyCAC bersama barisan menteri Persekutuan, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri secara maya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI