fbpx

Dijel 8 bulan pukul isteri guna wayar pengecas telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah memukul isteri guna wayar pengecas telefon bimbit, seorang penganggur yang juga warga Pakistan dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Irfan, 28, yang sebelum ini bekerja sebagai pemasang kipas siling itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Irfan, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 26 September 2020.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Irfan didakwa mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang juga warga India, Gurpreet Kaur, 25, dengan cara memukul belakang badan wanita itu menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan rumah mereka di Jalan Bandar Puteri, Puchong, di sini, pukul 11 malam pada 25 September 2020.

Berikutan itu pertuduhan dikemukaman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon hukuman berat mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa serius.

Bagaimanapun peguam, Ammanjeet Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Mengikut fakta kes, pada 26 September tahun lalu, isteri tertuduh telah membuat laporan polis apabila beliau dikunci di luar rumah bersama anak lelaki mereka, selepas wanita itu dipukul di bahagian belakang badan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Ekoran laporan polis itu, lelaki itu kemudiannya ditahan oleh polis di tempat kejadian, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI