fbpx

PATI nyaris lemas, bot terbalik ketika dikejar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dinaiki PATI terbabit yang disita selepas ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Nior, Tanjung Surat, Kota Tinggi, Selasa lalu.

KOTA TINGGI – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) nyaris lemas selepas bot pancung dinaiki terbalik ketika cuba melarikan diri dari ditahan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Nior, Tanjung Surat, Kota Tinggi Selasa lalu.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Sazali Mohamad berkata, tangkapan itu dilakukan Unit Marin, Bahagian Penguatkuasaan Tanjung Surat JKDM selepas terserempak dengan sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, bot tersebut kemudiannya diarahkan untuk berhenti tetapi arahan tersebut tidak diendahkan malah terus memecut sebaik menyedari kehadiran bot ronda JKDM.

“Semasa cubaan melarikan diri, bot yang dipercayai membawa PATI tersebut telah mengalami kemalangan dan terbalik di kawasan Sungai Linting, Tanjung Surat.

“Tindakan pantas pasukan serbuan telah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai PATI yang sedang lemas.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan paya bakau berhampiran lokasi bot terbalik tersebut dibuat dan seorang lelaki dipercayai PATI telah menyerah diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sazali berkata bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai tekong berjaya melarikan diri dan gagal dikesan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua warganegara asing tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Jelasnya, siasatan juga mendapati kedua-dua PATI itu dipercayai cuba keluar dari negara ini menggunakan lorong tikus dalam cubaan untuk pulang ke negara asal mereka dengan menggunakan jalan laut tanpa permit perjalanan yang sah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI