fbpx

Sepi sambut Ramadan seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Rusna hanya duduk di atas tilam untuk makan, minum, dan berehat kerana tidak mampu bergerak ketika ditemui di Perkampungan Taman Nilam, Dengkil kelmarin.

SEPANG – Kedatangan bulan Ramadan kali ini berbeza buat seorang warga emas, Che Rusna Baharom, 59, yang terpaksa me­nyambutnya bersendirian tanpa kehadiran suami dan keluarga di sisi.

Lebih perit, dengan keadaannya yang uzur, ditambah pula mengalami masalah rabun selain mengidap penyakit kencing manis, warga emas itu perlu me­nguruskan diri secara sendirian dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan.

Menurutnya, selama ini, suami ada membantunya tetapi apabila suami tiada kerana berhadapan dengan tindakan undang-undang pada Februari lalu, dia perlu kuat untuk menghadapi kehidupan mendatang.

“Sambutan Ramadan saya kali ini tidaklah seperti orang lain. Sepi memanglah sepi kerana tiada keluarga di sisi, namun saya perlu reda dengan kehidupan ini.

“Jika diimbas kembali, kemeria­han sambutan Ramadan adalah ketika bersama ibu mentua, namun semua itu kini tinggal kena­ngan,” katanya kepada Kos­mo! ketika ditemui di rumah sewanya di Perkampungan Taman Nilam, Dengkil di sini kelmarin.

Che Rusna yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata, dia yang tidak mampu bergerak dan berdiri hanya menggunakan kudrat yang ada untuk meneruskan kehidupan.

“Kadang saya dibantu jiran dan pihak-pihak lain dari segi makan dan minum.

“Disebabkan saya tidak boleh berdiri terlalu lama dan mengalami masalah rabun sejak sekian lama, jadi di sinilah tempat saya tidur, makan dan sebagainya. Jika mahu pergi ke tandas pun, saya perlu merangkak,” katanya.

Kata bekas pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Putrajaya itu, dia akur dengan kea­daannya kini yang tidak sekuat dulu.

“Saya kini tidak lagi bekerja dan tiada pendapatan tetap. Hanya mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan se­perti Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ke­langsungan hidup.

“Untuk pergi buat rawatan susulan penyakit kencing manis dan masalah penglihatan yang dihadapi pun tidak mampu atas kekangan pergerakan dan kos.

“Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu saya sebelum ini, kalau tiada pertolongan mereka, saya tidak tahulah bagaimana untuk terus kuat meneruskan kehidupan sendirian ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh menyalurkannya di nombor akaun BSN 1015741000044884 atau hubu­ngi 011-6397 8772 (Che Rusna).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI