fbpx

Penyerang Bayern perlu lebih ‘ganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOUPO-MOTING (tengah) perlu memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki ketika bertemu PSG awal pagi esok jika mahu membantu Bayern ke separuh akhir.

MUNICH – Bintang Bayern Munich, Thomas Muller menggesa jentera serangan pasukan itu menajamkan sentuhan penyudah menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes awal pagi esok.

Muller percaya kegagalan memanfaatkan peluang mampu menyaksikan Bayern ‘berputih mata’ ke separuh akhir musim ini selepas ketinggalan 2-3 secara agregat.

Justeru, pemain berusia 31 tahun itu berharap mereka akan lebih agresif di hadapan gawang gol PSG memadangkan Bayern masih lagi beraksi tanpa Robert Lewandowski dan Serge Gnabry untuk perlawanan tersebut.

“Kalau kami dapat menjaringkan banyak gol, orang tidak akan mempertikaikan jumlah jari­ngan kami bolos. Contohnya sewaktu aksi pertama, kami boleh menang dengan keputusan 6-3 tetapi kami tidak memanfaatkan peluang yang ada.

“Sekarang nasib kami terletak dalam tangan sendiri. Kami perlu bekerja keras untuk mengubah kedudukan agregat jika mahu melangkah ke pusingan sete­rusnya,” kata Muller.

Dalam masa sama, Muller menganggap kesilapan individu di benteng pertahanan bukan faktor utama yang mampu menjejaskan kemenangan ke atas gergasi Perancis itu.

“Jaringan gol adalah penentu kepada kemenangan walaupun gawang bolos dalam sesuatu perlawanan. Kami akan memberikan segala-galanya untuk mara ke separuh akhir,” jelasnya.

Sebagai rekod, Muller antara­ salah penjaring gol buat Bayern selain Eric Maxim ­Choupo-Moting sewaktu perlawanan pertama di Allianz Arena minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI