PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan bersetuju untuk membenarkan semua restoran, warung, gerai, kedai makan, atau perkhidmatan penghantaran melanjutkan operasi mereka sehingga selepas waktu sahur iaitu pukul 6 pagi.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan orang ramai untuk bersahur.
“Sebelum ini operasi kedai makan dihadkan sehingga pukul 12 malam, atau mengikut syarat lesen yang dikeluarkan PBT.
“Jadi, ianya menimbulkan kesukaran warga yang memerlukan makanan untuk bersahur,” – K! ONLINE