fbpx

Vaksin Sinovac selamat kepada warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Warga emas berusia 60 tahun ke atas tidak perlu risau dengan pemberian vaksin Covid-19 jenis Sinovac.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas jawatankuasa khas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) selesai melakukan kajian.

Katanya, pemberian vaksin jenis Sinovac akan terus diberi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas selepas vaksin itu didapati selamat, berkesan dan stabil.

“Ia susulan penilaian calon dan ambil kira serta amalan kegunaan di beberapa negara lain melaksanakan pemberian vaksin jenis itu kepada warga emas.

“Antara negara yang berjaya ialah Turki dengan 11 juta penerima, Brazil (tujuh juta) dan Chile (tiga juta),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI