fbpx

Pemberian vaksin diteruskan sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi merasmikan Program Malaysia Prihatin di Dewan Komuniti di sini hari ini. /FOTO WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan tetap meneruskan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di sepanjang bulan ramadhan ini kepada penerima vaksin yang telah mendaftarkan diri mereka menerusi berbagai platform termasuk di aplikasi mySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian suntikan vaksin itu tetap berjalan di sepanjang Ramadan ini sebagaimana yang telah dijadualkan kepada penerima tanpa ada sebarang perubahan kecuali dari segi perubahan masa pemberian suntikan yang akan berakhir pada sebelah petang.

“Program suntikan vaksin diteruskan dan kita sedang menanti kerajaan untuk membuat pengisytiharan fasa kedua pemberian vaksin sebagaimana yang telah di jadualkan akan berlansung pada 19 April ini.

“Sepanjang ramadhan ini, suntikan vaksin hanya diberikan sehingga pada waktu petang sahaja.

“Secara peribadinya, sekiranya suntikan dijalankan pada sebelah malam, kemungkinan ramai penerima vaksin tidak dapat hadir kerana secara umumnya orang Islam melakukan amal ibadat pada malam hari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebaik selesai merasmikan Program Malaysia Prihatin bersama Jawatankuasa Masjid dan Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Bagan Serai di Dewan Komuniti di sini hari ini.

Jelasnya, bagi umat Islam yang telah mendaftar untuk suntikan vaksin ini, mereka boleh memilih waktu sesuai sepanjang bulan Ramadan seperti yang terdapat dalam Applikasi MySejahtera bagi membolehkan aktiviti ibadah mereka tidak terganggu.

Ujarnya, jika semua penerima vaksin dapat mengikut ketetapan masa sebagaimana yang telah ditentukan, maka dipercayai 70 hingga 80 peratus orang dapat sempurna menerima vaksin sehingga akhir tahun ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI