fbpx

Hospital swasta dipelawa terlibat PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham.

PUTRAJAYA – Hospital swasta turut dilibatkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 dan 3 sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) berlandaskan prinsip ‘vaccine equity’ iaitu kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada semua, telah bersetuju berhubung perkara tersebut.

“Penglibatan hospital swasta ini adalah mengambil kira cadangan dikemukakan pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi Covid-19 dicapai segera.

“Oleh itu, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Justeru itu, katanya, hospital swasta yang ingin mengambil bahagian boleh berdaftar melalui ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Menurutnya, melalui laman web tersebut juga, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

“Ketika ini, terdapat 203 hospital swasta di Malaysia dan KKM amat mengalu-alukan kesemua hospital swasta ini untuk tampil menyumbangkan sumber demi kebajikan rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, KKM pada 8 Mac lepas telah mengumumkan penglibatan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dalam PICK dan sehingga 11 April, terdapat sebanyak 2,304 jumlah pendaftaran GP.

“GP dan hospital swasta yang telah berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop-skop tugas dalam PICK.

“Selain itu, garis panduan dan manual yang lengkap akan turut diberikan sebagai rujukan dalam mengendalikan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran Fasa 2 dan 3,” ujarnya -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI